Besok Hari Krismas

Sekarang hampir jam 8.oo malam tapi saya sekarang masih di opis. Selepas baca dan ada juga delete beratus e-mel yang orang foward, teringat pasal blog saya ni. Dah lama saya tak update. Oleh kerana time kerja tak ada kesempatan untuk update, sebab banyak kerja juga.  Sedar tak sedar besok sudah 25 Disember 2008 iaitu sambutan Hari Krismas. Rupa-rupanya saya sudah hampir setahun berada di bumi Sabah ini.

Walaubagaimanapun rasanya sekejap sahaja. Masa memang berlalu terlalu pantas. Saya sendiri pun terasa masih baru di bumi Sabah ni. Di sini saya masih lagi tidak ramai kawan dan kenalan. Tempat pun masih lagi banyak tidak kunjungi.

Besok adalah cuti umum. Saya telah memohon cuti pada 26/12/2008 . Saya bercadang untuk melawat tempat-tempat yang menarik di bumi Sabah ini. Dalam cadangan saya munkin akan ke Sandakan, Tawau seterusnya ke Semporna. Jika kesempatan saya akan ke Pulau Sipadan. Itu semua dalam cadangan. Belum tahu lagi tercapai atau tidak. Tengok keadaan cuaca dan sebagainya.

Yang tak bestnya saya akan melancong seorang diri jer. Tapi bagi saya tak ada masalah. Ia satu cabaran untuk saya. Jauh berjalan luas pandangan.

Apa-apa pun selamat bercuti kerana agak banyak cuti berturutan pada akhir tahun ini….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: