Hari ini adalah hari terakhir saya bekerja di Sabah sebelum saya balik menyambut Aidilfitri di Kelantan. Penerbangan saya balik ke semenanjung pada jam 3.45 ptg besok hari iaitu 27/09/2008. Sepatutnya penerbangan saya adalah di sebelah pagi. Semalam pihak Airasia telah menelefon saya bahawa masa berlepas telah ditukar pada jam 3.45 ptg.
Nampaknya lewat la sikit saya sampai Kuala Lumpur. Tak kisah lah jam berapa pun, janji saya boleh sampai di kampung sebelum hari raya. Raya tahun ni saya rasa kelainan sikit kerana di Sabah saya melihat suasana untuk persiapan hari raya tidak terlalu nampak ketara. Kebanyakan menyambut secara sederhana.
Saya sendiri pun tidak terasa untuk menyambut hari raya kerana saya tidak membuat apa-apa persiapan pun, cuma saya rasa untuk balik kampung sahaja. Munkin sekarang saya terasa jauh dengan keluarga.
Walaubagaimanun saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya serta saya menegucapkan :
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
